22.2.07

003. Program Pembangunan Diri 2T1: Sesi 1


Kita baru sahaja menghadiri sesi pembangunan diri bersama Cikgu Rani buat julung-julung kalinya. Antara perkara penting yang telah kita pelajari ialah pentingnya mempunyai matlamat dalam hidup dan memilih kawan dengan baik.

Cikgu berharap para pelajar akan terus melibatkan diri dalam sesi perbincangan yang dijalankan dengan aktif dan cuba menimba seberapa banyak ilmu yang ada. Semoga pelajar-pelajar saya akan menjadi anak-anak yang berjaya dan berbudi.

Berikut merupakan beberapa gambar yang cikgu sempat ambil semasa sesi tersebut.

1.2.07

002. Tugasan Kelas: Abu Nawas

Hari ini pelajar cikgu mula mengenali Abu Nawas. Cikgu berharap mereka akan mewarisi kepintaran Abu Nawas dan menjadi insan-insan yang arif budiman.

20.1.07

001. Mukaddimah



Selamat sejahtera pelajar budiman,
Blog ini cikgu khaskan untuk pelajar cikgu di kelas 3T1 sebagai wadah perbincangan antara kita dan saluran mengetengahkan karya-karya kreatif anda. Semoga anda semua boleh melibatkan diri secara aktif di sini.